Wednesday, August 5, 2009

Wazata Zain... Cumi dan Ciki.

Dulu, Early eighty's ada satu program kat RTM, masa tu punya lah top, rancangan Cumi dan Ciki.
saya tak pernah miss, wajib tonton every week.And a person yg running puppet dlm cumi dan ciki ni, Wazata Zain... Then lama tak dengar cerita uncle Wazata ni.

Hari ni, Flite Saya ke KK untuk cover FFM 22, saya duduk bersebelahan dengan Wazata Zain.
Banyak benda yang saya dapat tahu dari beliau..
'Saya dulu Mengajar Bahasa Inggeris kat Sekolah Menengah Dato' Harun' masa tu, kita boleh kerja dua gaji'... so part time saya buat program Cumi dan Ciki.
'antara Anak Murid saya yang ada sekarang, Menteri Pertanian, Dato' Noh Omar yang jadi anak murid saya masa saya mengajar di tanjung karang... dan ada dua tiga orang lagi kat bukit aman...
'So sekarang Uncle terima pencen kerajaan lah? soal saya...
'oh tak, awal 80 an, saya berhenti mengajar, Saya join Pemaju perumahan... masa tu, tugas saya, dapatkan tandatangan dari DO Ampang... nak bangunkan satu kawasan Taman Chempaka sebelah Pandan Indah...
'hebat uncle ni.... 'ada la sikit sikit, Rezeki anak anak...

then, early 90 kalau tak silap, Uncle pindah ke Rawang, Uncle bukak Stesen minyak, kat depan simpang masuk Emerald Rawang...
Pergh... lagi hebat...
belum lagi... yang lagi hebat, Uncle Wazata, jadi Chairman satu syarikat yang menguruskan Offshore Loan, untuk syarikat syarikat minyak...

yang best lagi, bila bab dia cerita 7 bulan dia ke Sydney sambung belajar dalam Masscomm, dia masuk Opera House, dan dgn menggunakan SLR camera Canonnya, gambarnya terpilih untuk keluar kat paper sydney...
perbualan kami terhenti bila talifon Motorolanya berbunyi bila ketinggian pesawat mula menurun, dia lupa off HP....
dan dengan selamba, dpn stewardest dia pickup call then cakap dia dalam pesawat nak ke KK...
... Uncle memang hebat....

No comments:

Post a Comment